Banar2 ya whistling~ hehe p rugged..
Saturday, 31 May 2008
Friday, 30 May 2008
Perbezaan Otak Lelaki dan Perempuan..

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!
OK?
berapa banyak?
Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)
Sila baca sekali lagi!
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…
Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.
Dimuat turun daripadahttp://www.tentangcinta.com pada 25hb Mei 2008.
Posted by Al-Zachary Erdawan at 3:53 PM 0 comments
Tips utk Survive Dlm Percintaan Jarak Jauh..
Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.
Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
Posted by Al-Zachary Erdawan at 1:52 PM 0 comments
Saturday, 17 May 2008
Sebaik-baik teman adalah Hati
“Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda”
Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.
Hati besar akan berkata, “Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat.”
Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. “Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?”
Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ. Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.
Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda. Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.
Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur. Hati besar biasanya penuh dengan ego. Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.
Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda, tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Jurunasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.
Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda mampu melaksanakannya.
Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.
Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian. Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.
Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan.
sumber: Alfiqrah
Posted by Al-Zachary Erdawan at 8:38 PM 1 comments
Thursday, 15 May 2008
Lelaki Handsome VS. Lelaki Tak Berapa Handsome..
Assalamualaikum.. *astee aku jua yang sebalah lelaki tak berapa handsome atuh.. sal atuh yg selalu ku dpt bah dari kwnku.. huhu..
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…
Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Posted by Al-Zachary Erdawan at 9:11 PM 0 comments
Wednesday, 14 May 2008
Beza Cinta Lelaki Dengan Perempuan
Beza Cinta di Mata Lelaki dan Perempuan
Membahas soal 'Cinta' bukanlah perkara yang mudah kerana memang sampai sekarang belum ada penelitian yg boleh menghuraikan cinta secara definit. Namun secara gramatika, cinta dikatakan sebagai perasaan yang sangat mendalam, yang bersifat subjektif dan mengandungi gejolak emosi yang positif.
Dalam bukunya yg berjudul Women an Intimate Geography, Natalie Angier menulis: 'Cinta' adalah sebuah perasaan yang universal sehingga akan selalu ada selagi manusia itu ada. Sejak kecil manusia sudah diajarkan untuk mengenal cinta, walaupun penerapannya berbeza setelah manusia tersebut menginjak dewasa. Itulah sebabnya mengapa pengertian cinta antara dua insan pada akhirnya juga menjadi berubah dan berbeza.
Apakah Bezanya??
Benarkah perempuan lebih memerlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memperlukan kepercayaan?
Benar. Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati, itu bererti perempuan yang dicintainya meyakini bahawa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.
Benarkah perempuan lebih memerlukan pengertian, sedangkan lelaki lebih memerlukan penerimaan?
Benar. Lelaki selalu boleh mendengarkan tanpa menghakimi dan dapat meluahkan rasa simpatinya pada perempuan tercintanya. Sikap lelaki yang lebih mudah memahami ini bukan di dapati kerana mengetahui fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini kerana lelaki selalu berusaha mengumpulkan makna-makna dari apa yang dia dengar dan dialihat untuk membenarkan apa yang disampaikan oleh kekasihnya. Bila perempuan dengan penuh cinta menerima lelaki tanpa usaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.
Benarkah perempuan lebih memerlukan rasa hormat, sedangkan lelaki lebih memerlukan penghargaan?
Tentu saja benar. Perempuan merasa dihormati bila lelaki menanggapinya dengan mengakui dan mengutamakan hak-hak, harapan dan keperluan-keperluannya. Bila tingkah laku lelaki itu mempertimbangkan fikiran-fikiran dan perasaannya, perempuan tersebut pasti merasa dihormati. Sedangkan bagi lelaki, penghargaan merupakan reaksi alami terhadap perasaan yang didudukinya. Jika usahanya dihargai, lelaki akan tahu bahawa usahanya tidak sia-sia. Hal ini boleh mendorong lelaki untuk boleh berbuat lebih banyak. Lelaki yang merasa dihargai secara otomatik akan lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.
Benarkahperempuan lebih memerlukan kesetiaan, sedangkan lelaki lebih memrlukan rasa kagum?
Benar. Logiknya, jika perempuan merasa dirinya yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya maka dia dengan mudah akan memberikan rasakekagumannya. Begitu pula sebaliknya bila lelaki merasa dikagumi, dia akan merasa cukup ikhlas untuk mambuktikandiri baginya isterinya dan menyanjungnya.
Benarkah perempuan lebih memperlukan ketegasan, sedangkan lelaki lebih memerlukan persetujuan?
Benar sekali. Setiap pasangan yang akan memulai hubungan, biasanya setelah lelaki menerima persetujuan yang diperlukan, dia jadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai dengan lebih jika lelaki yang dicintainya boleh menerimanya dengan bukti menegaskan keabsahan hubungan mereka.
Posted by Al-Zachary Erdawan at 7:53 PM 0 comments
Tuesday, 13 May 2008
Awet Muda.. Hehehe
Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said, 'My Mobile No. Has changed.
Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610'
====================================
Ah Beng : I am a Proud, coz my son is in Medical College.
Friend: Really, what is he studying.
Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.
==========================================
Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.
DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.
===========================================
Ah Beng : If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.
=========================================
Ah Beng : People consider me as a 'GOD'
Wife: How do you know??
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said, Oh GOD! U have come again.
===========================================
Ah Beng complained to the police: 'Sir, all items are missing, except the TV in my house.'
Police: 'How the thief did not take TV?'
Ah Beng : 'I was watching TV news...'
=========================================
Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying 'Parking Fine'
He Writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for complement.'
=============================================
How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.
===============================================
Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other.
So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot.
==================================================
Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and
Says 'Hello, how did you know I was here?'
===================================================
Ah Beng : Why are all these people running?
Man - This is a race, the winner will get the cup
Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?
===================================================
Teacher: 'I killed a person' convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is 'u will go to jail'
=====================================================
Ah Beng told his servant: 'Go and water the plants!'
Servant: 'It's already raining.'
Ah Beng : 'So what? Take an umbrella and go.'
=====================================================
A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the evening and not in the morning?
Ah Beng replied : Ahmad Badawi is PM not AM.
Posted by Al-Zachary Erdawan at 11:05 PM 0 comments
Sunday, 11 May 2008
Selamata Hari Ibu..
Terima Kasih Ibunda Hajah Nurmah.. I Love you forever.. dan kepada seluruh ibu dimana saja berada.. dengarkan lagu ini.. lagu ini utk anda..
Posted by Al-Zachary Erdawan at 2:48 PM 0 comments
Monday, 5 May 2008
This is Brilliant!!

What do you see?....
If you cannot decipher anything, then try pulling the corner of your eyes as if you were Chinese. (sepetkan mata anda jadi mcm org cina)
It works!
Posted by Al-Zachary Erdawan at 11:41 PM 0 comments
Saturday, 3 May 2008
Ayat-Ayat Cinta
Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.
Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya.
Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.
Lalu ada Nurul. Anak seorang kyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.
Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.
Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.
Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?
Saksikanlah..
Posted by Al-Zachary Erdawan at 4:51 PM 0 comments
Thursday, 1 May 2008
Apabila Lelaki Jatuh Cinta
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan tulus, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban apa saja untuk kekasihnya. Sekeras apapun hati lelaki, ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
Namun kadang cinta bisa membutakan mata hati seseorang, begitu pula lelaki. Cinta bukanlah paksaan, bukan juga berarti menguasai. Cinta adalah tulus dan setia.
Ingin tahu tanda-tanda lelaki kalau sedang jatuh cinta berat? Begini katanya….
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan karena terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya.
3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.
4. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan seluruh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dibujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia coba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan sanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Tidak semua laki-laki sanggup meneteskan airmata hanya untuk seorang wanita. Hargailah…
Posted by Al-Zachary Erdawan at 7:20 PM 0 comments





